page

Followers

Pakej

Ingin hati menginjak pada tanah yang sama, ingin diri bernafas pada udara yang serupa,
ingin hati berdampingan disisimu selamanya...
Impian dan janji berdua bersama, itulah suara hati antara insan berkasih...
Cinta yang hadir ternyata cukup istimewa, hinggakan menguntum segar bunga-bunga...
Impian didalam jiwa agar seumur usia mengharap cinta kan kekal...
menjadi nyata...










- Harga pakej tidak termasuk kos perjalanan dan sebagainya
  - cara bayaran
       - 30% deposit dibayar semasa membuat tempahan tarikh
       - 50% dibayar selepas majlis selesai
       - 20% diba yar semasa menerima keseluruhan yang      
       ditempah



Apa itu Custom Album?

Custom Album adalah sebuah album yang direka khas serta mengandungi grafik yang menarik dan dicetak terus menggunakan material yang berkualiti tinggi dan disusun mengikut atur cara majlis perkahwinan anda.

Kelebihan Custom Album?

Custom Album yang dihasilkan lebih tersusun dan kemas berbanding album-album yang sedia ada kerana ia akan disusun mengikut "flow wedding" anda. Disamping itu juga ia dibuat daripada material yang tahan lasak dan tidak mudah rosak serta kalis air kerana itu kelebihan diberikan custom album berbanding dengan album-album yang lain.


Cara penjagaan?

Untuk penjagaan album ini, anda tidak perlu penjagaan yang rumit tetapi mengelakkan daripada meletakkan di kawasan yang panas seperti di dalam kereta, di atas peti ais, di kawasan suhu bilik yang tinggi dan memberikan anak-anak kecil bermain. Jika anda meletakkan di tempat yang panas ini akan menyebabkan materialnya mudah rosak kerana ia amat sensitif di kawasan yang panas.


Apa itu Custom Album Perkahwinan / Custom Storyboard Album?
Sejenis album yang eksklusif dimana semua gambar perkahwinan anda yang telah disunting dan dicetak terus di atas material berkualiti tinggi. Rekabentuk grafik direka mengikut kretiviti pereka grafik supaya menepati citarasa pelanggan dan cantik dipandang. Hard cover (kulit keras) membuatkan album ini menjadi ramai pilihan pasangan pengantin baru kerana ia kelihatan seolah-olah sebuah kitab/perutusan raja sehari yang penuh dengan foto-foto indah kisah cinta mereka.
Apa kelebihannya?
Dengan kemasan dan material setiap helaiannya yang bermutu tinggi, ia menjadikan Custom Album Perkahwinan sebagai sebuah album gambar yang tahan lasak jika dibadingkan dengan album biasa iaitu sticky album.
Biasanya foto-foto didalamnya akan disusun mengikut ‘storyboard’ yang menceritakan tentang perjalanan sesebuah majlis itu secara kreatif dengan padanan gambar perkahwinan anda. Ini membuatkan setiap helaian album ini penuh nilai sentimental dan tidak membosankan sesiapa yang melihatnya.
Bagaimana menjaganya?
Elakkan juga meninggalkannya di dalam kereta sewaktu cuaca panas terik kerana material yang digunakan sensitif kepada haba dan kepanasan.
Apa saya dapat jika memiliki Custom Album?
Kepuasan. Jika anda mengimpikan perkahwinan seindah bintang terkenal, kini masanya untuk anda mendapatkan sebuah Custom Album agar album perkahwinan anda bersama pasangan anda diabadikan dalam sebuah hasil seni